ERAT. ($_$) sgt berbaloi!

ERAT 2010

ERAT = Ekspresi Remaja Ambang Ipt..prog yg sgt lepak+penuh input bg graduan2 SPM, MATRIKulasi & STPM..program yg telah disertai oleh 40 orang wakil pelajar dr seluruh pelusuk negeri dalam Malaysia.

Objektif :

1. Memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM 2009 dan Matrikulasi Kementerian sesi 2009/10 berkenaan gambaran kehidupan pasca persekolahan di IPT kelak.
2. Merealisasikan perkongsian sesama tokoh akademik, pakar motivasi, graduan, mahasiswa dan bakal siswa tentang tips-tips kecemerlangan hidup di IPT.
3. Mendidik para pelajar berkaitan haluan kerjaya yang amat penting sebagai penerusan bagi bidang kursus yang dipilih di IPT.
4. Menyerapkan di samping menekankan kepentingan elemen akhlak Islami dan ibadah kerohanian yang merupakan resipi kejayaan mahasiswa Muslim.
5. Mengukuhkan silaturrahim sesama pelajar yang berhimpun dari seluruh pelusuk tanah air.

April 22, Khamis

slot Ayuh Mesra Yuk!

slot yg best bersama abg Bai..slot ini adalah slot permulaan bg menhangatkan lagi program ini serta menghangatkan lagi hubungan tali persaudaraan (ukhwwah) dikalangan para peserta.

overall first day : okies. dapat la kawan baru! dapat g surau al-ansar kg.Datuk Keramat.. ;p

April 23, Jumaat

slot Open Your Heart

slot tazkirah yg diberikan oleh abg k selaku pengarah program ERAT 2010 😀

seigt aku laa ibrah yg dapat tym tazkirah..urmmm.. *version ngantuk..ni je la yg tercatat*

1- natural manusia bila ditimpa musibah dia akn igt pencipta..perkataan ” ya tuhan @ OMG..” common la yg akn terpancul dr mulut bila rumah terbakar etc..

” Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi (tulang belakang) mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman ” Bukankah Aku ini Tuhanmu? ” mereka menjawab, ” Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.” (kami lakukan demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan : ” Sesungguhnya kami (bani adam) orang-orang yg lengah terhadap KeEsaan Tuhan. ” ~al-a’raf : 172~

slot Kenali Dirimu

Dr.Suriyakhatun Osman telah mengexplore diri para peserta dgn buku yg diberikan kpd kami.. iaitu buku Kenali Dirimu..so, dlm slot ni kne la berkenalan dgn diri sendiri..slot yg ok..tp..hee..bese la..ho0o0o00o0o0..boleh la..haaheehoo..

slot Langkah Menuju Jaya

Dr.Roselainy Abdul Rahman yg telah memberi talk dalam slot ni..best gak..byk gak la input yg dpt..kalau nk berjaya, kena ada 4 perkara penting yg perlu kita jelas..tym ni ngantuk gak ckit..sbb mlm tu baca novel smpi 1.30 pagi..h00h00..so ni je la yg tercatat..

1- wawasan

= mst clear dgn misi+visi hidup kita

2- sikap

=mst positive! boleh berubah apabila ditegur, istiqamah, yakin dgn apa yg dilakukan, hard-working etc..yerla..igt senang ke nk dapat benda yg best?? so, kalau nk sumthing yg best, kena la usaha btol3..bru dapat rasa nikmat bila dpt bnd yg diimpikan dgn hasil usaha sendiri..

3- maklumat

= kita mst taw ttg course yg kita nk apply.bkn setakat tu je, tp mst taw ttg ipt tu..komuniti dia etc..pendek kata, sebelum buat apa2 kita mesti kaji dulu pro+cons benda yg nk dibuat.. 🙂

4- ilmu sedia ada

= “kena la buat revision sll..kukuhkn ilmu yg aedia ada..jgn la study last minute..” ouch! sungguh PEDAS ayat ini..ni bru tone cili besar m.cik lainy guna..belum tone cili padi..klu x, mmg berasap la telinga..tym dgr ni pun mampu tersengeh sumbing je..ngeh3 pape pun tengs m.cik! ^_^

5- jadilah mahasiswa/siswi yg berquality

=iman+amal+taqwa..be XTRAORDINARY! be DIFFERENT! yeah~ dats ryte..” be DIFFERENT + be COOLIO = MACHO! ” macho like me..uhuk3 xD

” Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha mengetahui. ” ~al-anfal : 53~

slot Ekspreskan Dirimu

nama yg gempak..tp riadah je sebenarnya..he3.. best! sbb my group (gajah) ada menang 1 game..x igt nama game..yg igt org yg plan statergi je.. ;p ngeh3..

slot Atas Nama Cinta

hurm..slot yg paling digemari semua anak2 remaja..aku skali kah?? he3..rasa biasa je..slot ni telah diberikan oleh kak aini..sbb ” ummi rose will not make it. sbb dia kne g melaka..” biasa je..byk slide+vid.clip..juz nice..lg pon dh mlm tym ni..pnt main game ptg tu pun terbawa-bawa..hu3

overall 2nd day : best! sbb tym org solat jumaat sempat escape g JJ dkt AU2 dgn k.asma..yerla lama gila tym rest dia..org lain tym uh ada yg borak2, tdo, baca novel, sms blah..blah..blah..fuh! buhsen gilo laa aku!! so ajak k.asma’ kuar..alang2 uh cari clorets skali..sbb kedai2 kat area tu x de clorets! mana leh tahan kalau x de clorets..sampai kat JJ cari clorets pastu  ada xbition birds+snakes la plak..sempat la pegang ular jap..nama dia manja..


April 24, Sabtu

slot Memorizing Technique

salute la! ^_^

tips2 nk hafal sumthing :

1- maximize sense usage (visual, auditory, smell, touch, taste)

2- sequence of events

3- outstanding

mula2 sgt lah buhsen thp giga..x taw nape..siap mkn mister potato+minum tropicana twister orange+baca novel kat blkg sambil dengar abg kamal izham bg talk..sampaila dia bg perkataan untuk kitorg hafal dlm tempoh 1 minit dan tulis balik..before tu kitorg cabar dia..coolio gilo la..sgt hbt! dia siap hafal skali dgn turutan tu..rasa tercabar punya psl, hilang sgl ngantuk! mmg aku bersungguh2 hafal setiap words game yg dia bg..tp sedeyh..masa x cukup..dia sempat ajar sampai level 2 jer..tu pun byk slide yg die skip..x puas2! nk maen lg!!!!! tp dah request kat abg k (pengarah prog) untuk buat prog.khas untuk slot memorizing technique..harap2 dapat..hu3 sebenarnya slot ni sgt bermakna bg diriku..amat tersentuh bila abg kamal sebut psl hafalan al-quran..rasa sungguh tercabar! dalam masa yg sama smgt sgt nk ulang hafalan..sll ulang yg sng je..yg tgh2??? hanya mampu membaca.. keciwax dgn diri ini! syukran krn slot ni dpt naikkn smgt semula!!!!! 😀

slot Career Talk

sempoi but cool! (>_l)

slot ni mmg best! byk test..sgt suka! tp buat 2 je sbb x cukup masa..p.cik AO a.k.a Dr.Adnan Omar lec. kat Taylor college..x taw nk desribe cmne..sbb best sgt! n masa terlampau pendek..uhoo0..tym test personality indicator+career ni lah yg aku dapat..

career aspiration : ” i like thinking about complex problems and using my creative thinking skills to solve them.”

career interest : i prefer careers that make me think and allow me to solve complex problem (the more complex, the better!) coming up with new ideas and possibilities energizes me. i like being around people who are in positions of power, imaginative, and enjoy taking risks to find better ways of doing things.*erk, ada sedikit kesilapan rasanyer..sbb aku suka kawan dgn semua org!x kesah la types mcm mana..asl baik dgn aku, oryte je..* i want to always learn and improve my skills; this is what keeps me going and interested. i am highly creative *ye ke?? hu3* curious and a big picture thinker. *agak menarik*

work enviroment : i like a work place that offers variety, values, promotes quality, and challenges me to think and learn. to do my best, i like quiet workspace with access to the information i need, the time to be alone to work complex problems, and the support of my employer to come up with unique ideas and solutions by trying new things. working with highly intelligent people helps me to learn and improve myself. the things that frustrate me most at work are many too rules and people-related problems *ini sgt lah btol! sgt x suka!!! sumtym rules manusia ni menyusahkan..hadeyh~*

slot Jejak Kerjaya Idaman

slot yg sgt menarik..slot sharing dgn senior2 course yg kita nk amek..puas la..smpi 12++ gak bersoal jawab dgn abg imran ape tah.. yg taw die amek ACCA..tabiiiiiik *sila baca dgn 6 harakat* spring la! susah tu..pastu die suggest jgn buat CAT..buat degree dulu..CAT ni fast track nk buat ACCA..sbb dia ckp high risk laa..satu paper failed, kene repeat semua skali..kira mcm register nk mati la..toche bro! (>_l)

overall 3rd day : semua slot, sgt best! coolio! fantastic! haila~ asal la bila dh nk habeh prog bru rasa semua best…hish! teruk btol la aku nih…hadeyh~

April 25, Ahad

slot Resipi Sukses Mahasiswa Cemerlang

anak uncle sultan

ni pun best+coolio! buat slot ni kat sungai pisang..nama tempat yg agak unik..disbbkn buat pg n dkt tmpt yg best..maka bermulalah trekking yg agak mencabar..byk btol river cross..smpi jatuh2 ag..terslide down dlm sungai..licin…skali dgn hp skali diving dlm sungai..nsb baek hp tough..huhu..naik turun bukit..lenguh gak laa..sbb dh lama x buat benda2 cmni..yg plg jakun skali bila sampai kat air terjun! yeah~ lama btol x g air terjun..pastu before balik, abg amin ank p.cik sultan bg tips2 nk berjaya..dia kata, x semestinya kita hebat dlm akademik, kita hbt segala2nya..sbb segala2nya adalah ketetapan Allah..yg penting kita usaha+ikhtiar+tawakal. Allah knows best! 🙂  pstu abg amin citer ada sorg ni sanggup gagalkan 1 paper semata-mata nk berdakwah..huh! hebat sungguh..tym ni byk la kata2 yg disampaikan membuatkan diriku berfikir 2-3 kali tentang perjalanan hidupku yg sgt mencabar…may Allah bless u bro!

trekking+river crossing-phew~

-climbing-noni chaiyo'!

slot terakhir Bengkel jejak JIM+KARISMA & perpisahan.

tym ni semua dh ponat bgt! ngantok thp gorilla!!! tym dapat hamper bru semua segar rasanyer..nama group yg sgt tah pape..pmpn punya boleh thn lg..yg lelaki..ntah..


overall hari 1-4 : bagus. thumbs up!!! byk gak input bru yg diperoleh..alhamdulillah 😉 thank you to abg2+kak2 fc yg sudi bersama2 dgn ktorg.. B-) byk bnd yg dibincangkan membuatku berfikir kembali setelah lama x berfikir..huahuahua ;p

Advertisements

ayam da’ie+itik mad’u (?_?) finale

PERBEZAAN NILAI

Saya berikan satu lagi contoh kepada mereka, “atau seorang perempuan yang menjadi mangsa rogol. Perogolnya ditangkap dan dihukum penjara 5 tahun. Adilkah hukuman itu untuk perempuan yang menjadi mangsa rogol itu tadi?”

“Kenapa pula?”, tanya si adik.

“Ya lah, perogol itu kalau jenis muka tembok, selepas keluar penjara boleh meneruskan hidup seperti biasa. Tetapi perempuan tersebut, menanggung kesan rogol itu sampai bila-bila. Itu kan tidak adil?”, saya menjelaskan maksud.

“Eh, kenapa pula kena derita sepanjang hayat? Dah kena rogol, sudahlah. Teruskan sahajalah kehidupan. Saya tidak nampak ada masalah di situ”, kata si adik yang rajin bertanya.

Opps, saya tergamam. Kelancaran sesi bersama adik-adik itu terencat. Remaja ini tidak melihat sebarang masalah pada kejadian rogol. Soal kelapa ditebuk tupai, hilang maruah dan kehormatan diri, tidak dapat dilihat relevannya di situ.

“Err, maksud ustaz, dia menghadapi trauma sepanjang hayat. Ketakutan semasa diserang lelaki tersebut”, mujur saya berjumpa alasan.

“Oh begitu. Sepatutnya mangsa rogol kenalah jumpa pakar kaunseling untuk atasi trauma tersebut”, kata si kakak yang nampaknya berpuas hati dengan penjelasan saya.

Walaupun saya berjaya memberikan jawapan yang memuaskan hati mereka, tetapi soalan si adik itu telah menyebabkan jiwa saya bergelora dan fikiran saya ligat berfikir. Ini adalah satu lagi pelajaran yang penting buat diri saya, bahawa dalam suasana hari ini, sistem nilai manusia sudah berubah. Apa yang besar kepada kita, mungkin sudah jadi kecil bagi sesetengah yang lain.

Bagi kita yang membesar dalam lunas agama yang baik, soal harga diri amat penting. Usahkan sampai ke tahap soal sebesar seks di luar nikah, mahu makan dan menjilat aiskrim di tangga pasar raya pun saya tidak tergamak. Buruk benar rupanya…

Tetapi bagi remaja ini, yang mungkin hidup dalam suasana pergaulan bebas yang ekstrim, soal hilang dara atau tercemar diri, tidaklah menjadi satu persoalan yang besar. Alah bisa tegar biasa. Walaupun saya yakin remaja yang bersama-sama dengan saya di dalam majlis itu masih baik dan berbudi tinggi, namun mungkin rakan-rakan dan persekitarannya menjadikan mereka sukar untuk melihat isu rosak kehormatan diri sebagai ‘satu kehilangan’.

Perbezaan saya dan mereka terbukti apabila kami meneruskan lagi perbualan.

“Ada manusia yang bergaduh kerana kuasa sampai sanggup bermati-matian. Mereka sangkakan tujuan hidup mereka adalah pada kuasa. Kalau berebut mahu jadi wakil rakyat, kita fahamlah. Tetapi di masjid pun bergaduh. Berebut mahu menjadi Imam. Sedangkan imbuhannya Cuma RM400 sahaja”, saya berceloteh.

What! 400 ringgit? What can you buy with that kind of money!“, kata salah seorang dari mereka.

Sekali lagi yang terlopong seketika. Sekurang-kurang RM400 itu amat besar untuk manusia seperti saya. Lepas juga lampin dan susu anak-anak di rumah. Tetapi remaja yang berada di hadapan saya ini berbeza. RM400 mungkin hanya mampu membeli sebelah kasut mereka.

Fahamlah saya mengapa Datin Asmah (bukan nama sebenar) beriya-iya memanggil saya untuk bertemu dengan anak-anaknya dan kawan-kawan mereka.

Aunty dah jemput ramai ustaz ke rumah untuk buat kuliah tafsir dan sebagainya. Tetapi feedback mereka tidak baik. Mereka tidak berminat langsung. Susah hati aunty“, kata Datin Asmah kepada saya.

Saya akui, masyarakat kita semakin pelbagai. Apalah ertinya kisah tentang mahligai di Syurga bagi orang yang dilahirkan di dalam mahligai dunia?

Saya sendiri masih belajar. Semakin banyak saya belajar dan menyelami tentang manusia, semakin sempit dada saya untuk menelan realiti ini.

Untuk pertama kalinya, saya bersetuju kepada komen Marina Mahathir tentang gejala murtad di Malaysia. Walaupun tulisannya yang saya baca di akhbar The Star, tidak saya sepakati 100% tetapi ada satu isu di situ yang menyebabkan saya termenung.

“It is a bit surprising that the very guardians of our faith are those raising alarms about the people we have “lost”. Does this mean they have not been doing their jobs? If they were CEOs of companies, this would constitute a loss and they would likely be fired. I get the feeling sometimes that we do know we are doing things wrongly, that instead of attracting people with a religion that promotes justice, equality, compassion and freedom, we are bludgeoning people with one that is joyless, uncaring, rigid and restrictive.

But for some reason, we are unable to return it to its true form because some people think that this dour interpretation is all there is. I have to wonder how a God that created so much beauty, wonder and joy in the world could be represented by such gloom.”

[http://musingwithma rinamahathir. blogspot. com ]

Kata-katanya pahit untuk kita dengar dan terima. Namun cuba kita sama-sama bertenang dan lapangkan dada untuk menilai dan bermuhasabah.

Marina Mahathir menyatakan bahawa jika CEO sebuah syarikat membuat kenyataan bahawa ramai pekerja syarikat itu yang berhenti, maka itu tentulah tanda kegagalan CEO itu sendiri dalam memimpin syarikatnya. Maka pengisytiharan Sahib al-Samahah Mufti Perak tentang jumlah kaum muslimin yang murtad di Malaysia mencecah 100,000 orang, maka ia harus dilihat sebagai kegagalan kita sendiri, sebelum kita menunding kesalahan kepada pihak lain. ‘KITA’ yang maksudkan itu bukanlah Dato’ Mufti, tetapi kita semua. Kita semua, iaitu para ustaz, Imam, pendakwah, pemimpin agama dan penyampai agama.

Apakah seruan kita kepada Islam pada hari ini, mampu difahami oleh generasi Bangsa yang tiada kampung untuk dikunjung pada setiap Aidilfitri? Relevankah perbahasan kita tentang khilaf fiqhiyyah untuk golongan yang mencari damai di dalam agama?

Ya Allah, janganlah kami menjadi batu penghalang kepada hamba-hamba- Mu menerima hidayah. Bantulah kami untuk memahami manusia ini kerana tanggungjawab kami kepada mereka, adalah juga sebahagian ketaatan kami kepada-Mu, yang menciptakan kami dan mereka.  Ameen…

p/s : masih mencari penulis artikel ini..sekiranya terbaca tlg inform.tq. 🙂

s.alam>kl sentral>rawang>fraser hill>serendah.

morning!

maka bermulalah perjalanan misi kami..seawal jam 7:03 minit pg aku bertolak menuju ke station ktm sec.19 s.alam..aku bejalan melolosi scanner ticket menggunakan touch ‘n’ go yg telah ditopup oleh ayahnda terchenta 😉 di screen menunjukkn bhw tren akn tiba pada jam 7:21 pg..jd aku menunggu sambil membaca novel The Woods by Harlan Coben..sedang ghalit membaca, tiba2 telingaku telah menangkap satu suara yg tidak asing lagi di station ktm..arghh!! bengang btol! tren delay..7:45pg bru dtg..

setelah melalui beberapa perhentian, maka tibalah di kl sentral..perut mmg dah berkeriuk..klu pki stethoscope bleh dgr mcm bunyi org tgh ketuk tong drum! sgt lapo!! terus g mynews bli roti+tropicana twister apple..then jumpa asma n 2  guys yg menyertai misi ini..lantas kami terus bergerak menuju ke rawang..

fav!

tiba di rawang, kami bertemu dgn as-syahidah (syahid). lbh kurg 10 mins later, ummi J telah menjemput kami bersama dgn 2

yeah~

org puterinya syahirah+syahidah dgn kereta innova yg berwarna hitam. maka bermulalah pendakian kami ke fraser hill..ketika dalam perjalanan, pandangan dilontarkan ke kiri+kanan melihat corak2 bendera yg sgt lawa..ada corak bulan sabit, rocket dan dacing..maklum la, pilihan raya kecil akn diadakan pada 25 april ni..

tepat jam 10:57 pg kami tiba di kaki bukit fraser hill..kne tunggu 3 minit bru la dapat naik..sbb gate puku 11:00 am baru buka..disana kami telah melakukan survey untuk mengadakan program follow-up peserta x-mh-i 09/10 pada 7-9 mei 2010. tempat yg sgt menarik dgn view yg indah. :-p rumah bungalow 2 tingkat yg besar  mempunyai 10 bilik+dapur+ruang tamu+tennis court+astro+wifi+bilik yg lengkap dgn board games+garden yg cun-melecun!

lepas dh selesai survey+discuss dgn k.farah (house care taker), perut lg skali telah menyanyikan lagu “mkn jgn x mkn..perut dah lapo..” *rentak lagu spider -gosok jgn x gosok..* pastu kami turun dari rumah bungalow dan singgah di restoran yg berdekatan..lapo pnye psl ble dh duduk kat krusi terus belek menu..CHANTEK! ” p.cik bg sy banana split satu! ” aku mengorder.. dr td lg mmg nk mkn ice cream..akhirnya dpt jg.. 😀 smpi org lain ckp ” btol ke k.roy ni?? mkn ice-cream tym sejuk2..x pe ke?? ” ceh~ derg tu konon je..last2 sebat gak aku punye banana split! x pe laa..klu mkn sorg x best laa..pastu semua order mknn..

ummi J : nasi goreng usa+teh tarik

syahidah : nasi goreng usa+ air *alamak x igt la plak..*

syahirah : nasi gren ayam black paper+air *x prasan lak..*

syahid : nasi goreng kampung+air sirap *mmg version org kampung malaysia..gandingan mknn+minuman yg ideal*

asma : *x perasan pulak..* tp nasi goreng gak laa..+ice lemon tea..

aku : nasi goren ikan masin+air tropicana twister apple yg bli kat kl sentral td..

makanan dkt situ x la mhl..sama je mcm kat restaurant2 lain..dlm rm4.50-rm5.oo utk nasi2 goreng..thanx to ummi J neway sbb blanje kitorg mkn..*rasa segan lak, sbb aku mkn plg byk! hadoi~mula2 mmg nk byr dah tp ummi J pegang tangan x bg byr..*lps mkn terus g solat kat surau berdekatan dan teruskan perjalanan ke rumah umi J di serendah bg membincangkan beberapa hal yg masih lg musykil..seusai itu, kami terus pulang..tp sebelum tu solat maghrib dulu kat kl sentral..alhamdulillah selesai satu tugas. 🙂

tp geram!!! x dpt g kenduri abg yazid sahak..x sempat..smpi umah pn dh 9++ knduri abeh 10 mlm..fmly je g..haish~

+pictorious+

purple+ungu ;p

ibu kota fraser hill

squad survey B-)


ayam da’ie+itik mad’u (?_?) part 3

KETEPATAN BAHASA DAKWAH

Hari ini, ketepatan bahasa dakwah menjadi semakin mendesak. Kadang-kadang kita terlalu cepat menyalahkan orang ramai apabila mereka dingin terhadap dakwah kita. Walhal mungkin kita yang beku dan tidak berupaya mempelbagaikan cara Islam itu disebut. Mungkin warga Islam kita yang berbondong-bondong murtad itu, selain masalah undang-undang dan hal-hal yang mudah untuk kita salahkan, mereka jadi begitu kerana kita sendiri yang mempersembahkan Islam dalam bentuk yang semakin tidak berkait dengan cara berfikir, nilai dan gaya hidup mereka. Usah pergi jauh, Sungai Besar dan Subang Jaya (sekadar contoh) pun sudah terlalu berbeza manusianya, walau pun di dalam negeri yang sama.

Saya menyambung kuliah BERIMAN KEPADA AKHIRAT itu dengan kumpulan remaja berkenaan.

“Seorang bohsia, buat kerja bodoh dengan seorang bohjan, si bohsia mengandung dan si anak lahir sebagai ‘Aiman’ yang HIV Positive. Bagaimana ia mahu dijustifikasikan tanpa Akhirat? Apa salah ‘Aiman’? Kerana itulah, manusia hari ini mengambil jalan mudah memaki Tuhan sebagai zalim. Nauzubillah” , saya terus berusaha melengkapkan analogi tentang Akhirat itu tadi.

“Hidup di dunia, hanya bermakna dengan adanya Akhirat”, saya membuat kesimpulan.

Mereka mengangguk. Pada saya, jika anggukan berlaku tanpa disuruh, sampailah sudah mesej dakwah kita kepada sasarannya. Alhamdulillah.

bersambung…..

burger+tropicana twister

mmg sgt sedap!!! tp setelah habisin burgernya..tiba2 aku pingin kali taw daging brand apa burger yg dibeli oleh ayah? ramli burger? hmmm, rase mcm bukan..otai burger?? bukan2..mie burger?? bukan juga..haish! apa lagi lps minum air,

favourite! :p

terus g dkt ayah..

” ayah, burger yg akak mkn td tu burger daging apa??” aku bertanya.

” burger dkt section 7..,”jwb ayah.

section 7? dkt mana?  lps tu ayah jawab : ” ayah beli dkt kedai burger yg dkt dgn rumah cik ma..(m.cik, adik sebelah umi)

” ooooooooooooooo00000000000..tu daging apa ayah? sbb dulu masa mkn daging rusa lain je rasa..daging die tebal ckit..pastu kaler pun lain..td yg akak mkn tu daging apa??

ayah jawab ” oh, tu daging arnab..”. erk, daging arnab ke?? mungkin kerana riak wajah aku berubah..ayah pun bertanya “awatnya?”

daging arnab.sedap.kesian. 😦

“x.tbe2 akak rasa kesian pulak dekat arnab tu..boleh ke mkn ble kita kesian dekat arnab tu??”

” laa..dh mkn habis bru nk kesian..awat x boleh mkn pulak? kakak ni buat lawak pulak..selama ni mkn burger daging ayam x pulak akak kesian..”. aku pun menjawab ” arnab tu comel..x sampai hati nk mkn..ayam tu biasa je..dh x kisah daa~

apa lg, semua org gelak..tp tym uh mmg laa..rasa cm..haish~ x taw nk habaq mcm mana..harap2 ni la kali pertama dan terakhir mkn burger daging arnab…

arnab, soooooryyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!

mengikut xperience aku, burger yg plg x sedap= burger dkt NANDO’s..rm12 tp x sedap lsg!! pastu burger m.cik kantin..muak..

ayam da’ie+itik mad’u (?_?) part 2

BAHASA LAIN UNTUK TOPIK AKHIRAT

paradigma??? mindset???

Remaja yang berada di hadapan saya bukanlah remaja yang mudah untuk faham kenapa kita perlu fikir tentang Akhirat, tentang Syurga dan Neraka. Mereka ada semuanya. Hidup mereka dilimpahi kemewahan. Untuk apa mereka diajak bermujahadah di dunia untuk Syurga Akhirat, jika mereka sudah pun hidup di syurga (dunia)? Kerana itulah, mereka tidak boleh didekati dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadith tentang Akhirat sebelum mereka ada kesediaan mental dan emosi untuk mempelajarinya.

Pendakwah mesti kenal dengan apa yang dimaksudkan sebagai paradigma dan mindset. Ia adalah pra syarat untuk kita mendekati mad’u. Cuba lihat Rasulullah SAW menjawab persoalan tentang Islam yang diajukan kepada baginda. Pelbagai versi jawapan yang diberi. Ada masanya Baginda mendefinisikan Islam sebagai berbuat baik kepada ibu bapa, ada ketikanya sebagai jihad fi sabilillah, juga pelbagai definisi lain yang kita temui di dalam himpunan sabdaan baginda SAW. Semua jawapan itu tepat dengan si penyoal.

Bayangkan, jika manusia seperti Abu Jahal bertanya kepada Rasulullah SAW apa itu Islam, lantas baginda memanggil kumpulan nasyid untuk mendendangkan mesej berbuat baik sesama jiran di depan muka Abu Jahal. Mungkin kumpulan nasyid itu akan ditampar percuma sahaja oleh Abu Jahal. Bagi seorang yang kaki gaduh, dia harus melihat ada tempat untuknya di dalam Islam, tetapi menjadi ‘kaki gaduh fi sabilillah’, iaitu memanfaatkan kemahiran berperangnya untuk membela dan mempertahankan Islam. Baru macho!

Tapi kalau pemuja lagu genre selembut sutera diberitahu yang Islam itu adalah kamu mengucap La Ilaha Illallah dan kemudian berikan nyawa di medan Qital, pastinya mencecet beliau lari meninggalkan Islam.

Maka, dakwah Baginda SAW itu dua hala. Baginda tidak hanya melihat ke arah al-Quran dan membacakannya secara bersahaja kepada yang bertanya. Kamu nak terima dakwah ini atau tidak, terpulang! Tidak, demi Allah Baginda SAW tidak pernah begitu.

Sebaliknya, baginda juga menoleh kepada siapa yang berada di depan baginda dan mengambil kira siapa yang bertanya. Dan jawapan Rasulullah SAW menjadi pelbagai dengan pelbagainya jenis manusia yang diseru, walaupun semua kepelbagaian jawapan Nabawi itu datang dari sumber yang sama, Syariat Allah SWT.

besambung…..

ayam da’ie+itik mad’u (?_?) part 1

da'ie 🙂

mad'u 🙂

satu ketika bermulalah sebuah dialog antara dia+mereka..:

“Rasa-rasanya, kamu semua mahu tak menonton sebuah filem, hero pujaan kamu bertumbuk dengan penjahat, tetapi kemudiannya ditolak jatuh dari bangunan, tersembam ke atas jalan raya dan kemudian mati digelek jentolak? Tidak cukup dengan itu, kekasihnya berpaling tadah dan lari mengikut penjahat yang membunuh hero itu tadi, dan… the end!”, saya bertanya kepada sekumpulan remaja di dalam study circle saya bersama mereka.

Mereka tersenyum dan ada yang ketawa.

Of course tak nak!”, kata salah seorang darinya.

“Sekurang-kurangnya biarlah ada tertulis to be continued, betul tak?”, saya cuba melengkapkan persoalan di situ.

“Agak-agaknya kenapalah kita tidak mahu menonton filem seperti itu? Hero yang baik hati, mati katak!”, saya mahu adik-adik di depan saya ini berfikir.

Mereka diam. Tidak berkata-kata. Masing-masing menoleh ke wajah teman-teman di sebelah.

“Ya, itulah petanda mudah betapa kita perlukan Akhirat. Ia fitrah manusia. Yang baik tetapi dizalimi, mesti dibela”, saya memulakan kuliah tentang Beriman Kepada Akhirat.

“Di dunia ini tidak ada keadilan yang mutlak. Banyak penindasan yang tidak dapat dibela. Kalau tiada Akhirat, sempit dada dibuatnya. Kerana adanya Akhiratlah, hidup di dunia ini bermakna. Kamu semua setuju?”, saya bertanya lagi.

“Macam mana tu?”, tanya si kecil. Saya kira beliau mungkin berusia dalam lingkungan 11 ke 12 tahun.

“Cuba kita ambil contoh pembunuh bersiri, misalnya Dr Harold Shipman di Manchester. Dia telah membunuh sekurang-kurangnya 100 orang mangsa. Agak-agak, apa hukuman paling keras yang kita boleh bagi kepadanya?”, saya suka berbual dalam format soal menyoal dengan remaja seperti mereka.

“Tembak kepala sampai pecah berkecai!”, kata si adik.

“Kerusi elektrik!”, sampuk si kakak.

Well, apa sahaja hukuman yang kita kenakan ke atas beliau, walau pun geletek sampai mati atau kerat telinga, hidung, tangan dan kaki perlahan-lahan sekali pun, yang pasti Dr. Harold Shipman hanya boleh mati sekali sahaja, betul tak?”, saya terus menyoal.

Mereka mengangguk.

“Puas hati tak kalau seorang yang bunuh 100 manusia, hanya boleh dibalas dengan satu kematian sahaja?”, saya bertanya.

Mereka terus khusyuk mendengar saya berceloteh. Dahi masing-masing berkerut.

“Kalau nak puas hati betul-betul, kita bunuh dia, lepas tu hidupkan semula dan bunuh sekali lagi, hidupkan balik dan bunuh lagi, sampai cukup 100 kali. Baru puas, kan?”, saya menduga.

“Ya”, mereka menyahut perlahan.

“Hah, yang itu tiada di dunia, dik. Ia hanya ada di Akhirat. Tanpa Akhirat, sakitlah hati kita, siksalah jiwa kita. Dunia tidak mampu memberi keadilan yang kita mahukan”, saya menyimpulkan penjelasan.

bersambung…..

Previous Older Entries